Monday, March 28, 2011

GELIGA KEDUDUK ( SANGAT SUKAR DIJUMPAI )

Geliga keduduk ini sangat jarang dijumpai dan menjadi carian penggemar geliga. Geliga ini sangat besar khasiatnya. amat berguna bagi diri sendiri dan perubatan. bewarna merah jambu.  sekiranya berminat boleh telefon saya bagi maharnya.

CINCIN PEMBISA IBOR ( KUNING DAN MERAH )



Cincin ikatan kayu ibor pembisa. Kayu ini sangat berbisa. Jarang ditemui dicanai sebaik ini. Berhati-hati bila memakainya.PERAK YANG DIIKAT ADALAH YANG BERKUALITI TINGGI.SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA

BATU ZAMRUD


 
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.  Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.
 Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi. Batu zamrud dalam simpanan saya ini akan dibuat pengisian khusus atas nama pemakainya,  InsyaALLAH akan memberikan kekuatan, keyakinan, keagungan dan kekuasaan kepada pemilik/ pemakainya. Nilai fidyahnya ialah dan Rm350  (batu sahaja).


Khasiat:-
  • Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
  • Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.

CINCIN TERAS CHELAGI



 
Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.

Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam. CINCIN INI TELAH DIIKAT PEMEGANG SILVER.

BESI LELEH ( BESI GUNUNG BERAPI )


 
besi gunung berapi. sesuai digunakan bagi pendinding diri. hanya yang memakainya dapat merasai keindahannya. didapati dari seorang sahabat.

CINCIN BATU MASJID NABAWI


 
Dikatakan sebagai geliga ular. pada zaman dahulu, masjid nabawi tidak mempunyai elektrik, batu ini bercahaya bewarna hijau di waktu malam dan masa gelap. biasanya terdapat didalam warna coklat dan hijau.

BATU JARUM MAS ( GRED B )


 
Batu jarum mas dalam bahasa inggeris dikenali sebagai rutilated quartz atau ringkasnya rutile. Dipanggil dengan nama jarum mas kerana didalamnya mengandungi corak seakan jarum mas.

Dari sudut kajian sains, batu jarum mas amat berguna untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel badan. Bagi sel-sel yang telah rosak batu ini bertindak sebagai pemangkin kepada pembentukan sel baru. Ia sesuai untuk memperbaiki sistem paru-paru, tekak dan sistem pernafasan. Sesuai untuk orang yang selalu batuk-batuk dan asthma. Dari segi mistik, carilah dilaman blog-blog yang telah memperkatakannya.

Berhati-hati kerana terdapat batu jarum mas yang palsu diperbuat dari acrylic macam keychain yang ada rama-rama, siput kat langkawi. Untuk buktikan keasliannya, gunakan pemetik api dan cuba bakarkan batu itu.

Batu jarum mas ini untuk dimaharkan dengan harga RM200 bagi yang besar dan rm 70 bagi yang kecil termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja. Sesiapa berminat sila SMS saya atau sekiranya ingin membuat penilaian awal bolehlah membuat temujanji dengan saya.

KAYU PENAWAR HITAM


 
MEMPUNYAI KHASIAT PERUBATAN. MENGELAKKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN BINATANG BERBISA.

TANDUK KAMBING GURUN JADI BATU

 
Kami telah dikhabarkan oleh peminat blog yang pernah membeli permata ini bahawa tanduk kambing gurun jadi batu ini juga berguna bagi tujuan perubatan. Peminat blog ini mempunyai penyakit dimana terdapat beberapa biji batu didalam hempedu beliau. Beliau lantas berfikir untuk berikhtiar menggunakan tanduk kambing gurun jadi batu ini.

Lantaran itu beliau telah memasukkan permata batu ini kedalam segelas air dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat Al Quran selama 3 malam berturutan. Dengan kebesaran ALLAH swt setelah berjumpa dengan pakar beliau telah disahkan bahawa batu yang terdapat didalam hempedunya telah tidak kelihatan sama sekali didalam ultrasound. Subhanallah atas kebesaran yang dikurniakan olehNya.

BATU NILAM


 
Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.

Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan  dan  tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Nilai fidyah untuk Batu Nilam (Blue shaphire) ini Rm333 (batu sahaja tanpa diikat cincin).

Monday, March 21, 2011

BESI KUNING KEPOMPONG & CINCIN BESI KUNING





( Khasiatnya ) : Digunakan untuk pakaian diri pendinding daripada unsur jahat yang menganggu, khasiat yang lain adalah kebal kulit (darurat), perubatan, ada juga yang menggunakan barang ini sebagai medium ritual penarikan rezeki yang ampuh dan pelbagai lagi khasiatnya mengikut aura si pemakainya. Berkhasiat juga untuk digunakan sebagai penunduk umum dan wibawa diri. InsyaAllah.

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA 

BATU BADAR BESI



Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
 Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerah brazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat. Batu badar besi ini diwakafkan/ diisi dengan Ayat-ayat dan amalan para waliyullah serta akan diwakafkan atas nama pemakainya.

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu magnetsteen karena apabila didekatkan pada magnet batu tersebut akan tertarik menempel. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini mempunyai khasiat dan kelebihan2 tertentu, misalnya untuk keselamatan, kekebalan, pagar badan dari serangan2 makhluk halus, benteng dari pengaruh aura jahat yang di bawa oleh orang atau yang berada di tempat2 yang di anggap angker, dan dapat untuk menghindari bisa ular serta mengobati orang yang terkena sengatan binatang berbisa. Orang yang punya penyakit tulang dan peredaran darah yang kurang lancar sangat cocok memakai perhiasan batu badar besi ini.
Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.

DELIMA MERAH AIR DAN DELIMA MERAH JAMBU

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). 

Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India.

Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Nilai fidyah untuk Batu Delima Merah ialah Rm195. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan carat.

UBI KAYU JADI BATU


UBI KAYU JADI BATU. UBI KAYU YANG DIJUMPAI DIDALAM TANAH MENJADI BATU. SANGAT SUKAR DIJUMPAI. DICANAI MENJADI BATU CINCIN. APABILA DILETAKKAN DIATAS AIR LMAU AKAN BATU INI AKAN BERGERAK SENDIRI.KHASIAT DAN KEINDAHANNYA MURAH REZEKI

KAYU TERAS DELIMA MERAH

 
Kayu teras delima.Apabila direndam, air akan bertukar bewarna merah.khasiatnya untuk perubatan. air yang warnanya merah delima itu boleh diminum untuk buang bisa di dalam badan & juga boleh menyejukkan badan yg panas. Ia juga boleh dijadikan penawar bagi penyakit2 berbisa.

BATU SERAI ( BESAR(RM70) KECIL(RM40)

Batu serai bunga. khasiatnya sebagai penyeri dan pendinding diri. pemanis wajah

BESI KUNING BERKALIMAH




besi kuning berkalimah, allah & muhammad. Dijual sepasang. larangan membawa besi ini ketandas dan ke tempat tidak elok sekiranya memakainya.

Thursday, March 10, 2011

BATU SERAI UNTUK DIMAHARKAN

CINCIN BESI KUNING

 
cincin besi kuning. UMUM. kepunyaan seorang ulamak di pahang. tidak perlu saya nyatakan khasiatnya. hanya pemakainya akan merasa perubahan.

CINCIN NILAM HITAM ( koleksi peribadi )

Milik sultan kelantan pertama. sekadar tatapan umum

CINCIN DELIMA BINTANG

CINCIN TERAS GAMUNGGAL BUKIT & PULAU

khasiat teras gemunggal

1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit
3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah
4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin
5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya
6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam amata
7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tido
8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari
9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok

10. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah

KAYU SULUR BERTAM

kayu sulur bertam untuk dimaharkan. kayu bisa bila di pakai. berhati-hati dengan anak kecil apabila memakainya.

CINCIN UBI KAYU JADI BATU UNTUK DIMAHARKAN

 
cincin ubi kayu jadi batu untuk dimaharkan. rm 500. ubi kayu dalam tanah yang ditemui berubah menjadi batu. bewarna putih.