Monday, March 28, 2011

BATU ZAMRUD


 
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.  Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.
 Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi. Batu zamrud dalam simpanan saya ini akan dibuat pengisian khusus atas nama pemakainya,  InsyaALLAH akan memberikan kekuatan, keyakinan, keagungan dan kekuasaan kepada pemilik/ pemakainya. Nilai fidyahnya ialah dan Rm350  (batu sahaja).


Khasiat:-
  • Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
  • Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.

0 comments:

Post a Comment