Monday, March 28, 2011

CINCIN TERAS CHELAGI



 
Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.

Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam. CINCIN INI TELAH DIIKAT PEMEGANG SILVER.

0 comments:

Post a Comment