SEBESAR IBU JARI. SESUAI DIBUAT LOKET. SELERA GOLOGAN ATASAN.SESUAI UNTUK YANG BERCITA RASA TINGGI
Wednesday, September 21, 2011
DELIMA MERAH AIR
DELIMA MERAH AIR UNTUK DIMAHARKAN KEPADA YANG BERMINAT. TERDAPAT SAIZ BESAR DAN KECIL. SESUAI DIBUAT LOKET BAGI WANITA.
Wednesday, June 1, 2011
GELIGA ULAR
TERDAPAT SESETENGAH YANG MENGATAKANNYA BATU MASJID NABAWI.BATU INI BERCAHAYA DIDALAM GELAP.SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA
BATU KECUBUNG
BERSIFAT SEJUK.SESUAI DIPAKAI OLEH ORANG YANG MEMPUNYAI SIKAP CEPAT PANAS.SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA
Wednesday, April 27, 2011
BATU FIRUS MERAH
sangat sukar dijumpai. untuk dimaharkan kepada yang berminat.sebagai pendinding dan pembisa. jika diperhatikan coraknya, membentuk kalimah allah..
Monday, March 28, 2011
GELIGA KEDUDUK ( SANGAT SUKAR DIJUMPAI )
Geliga keduduk ini sangat jarang dijumpai dan menjadi carian penggemar geliga. Geliga ini sangat besar khasiatnya. amat berguna bagi diri sendiri dan perubatan. bewarna merah jambu. sekiranya berminat boleh telefon saya bagi maharnya.
CINCIN PEMBISA IBOR ( KUNING DAN MERAH )
Cincin ikatan kayu ibor pembisa. Kayu ini sangat berbisa. Jarang ditemui dicanai sebaik ini. Berhati-hati bila memakainya.PERAK YANG DIIKAT ADALAH YANG BERKUALITI TINGGI.SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA
BATU ZAMRUD
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.
Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi. Batu zamrud dalam simpanan saya ini akan dibuat pengisian khusus atas nama pemakainya, InsyaALLAH akan memberikan kekuatan, keyakinan, keagungan dan kekuasaan kepada pemilik/ pemakainya. Nilai fidyahnya ialah dan Rm350 (batu sahaja).
Khasiat:-
- Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
- Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.
CINCIN TERAS CHELAGI
Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.
Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam. CINCIN INI TELAH DIIKAT PEMEGANG SILVER.
Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam. CINCIN INI TELAH DIIKAT PEMEGANG SILVER.
BESI LELEH ( BESI GUNUNG BERAPI )
besi gunung berapi. sesuai digunakan bagi pendinding diri. hanya yang memakainya dapat merasai keindahannya. didapati dari seorang sahabat.
CINCIN BATU MASJID NABAWI
Dikatakan sebagai geliga ular. pada zaman dahulu, masjid nabawi tidak mempunyai elektrik, batu ini bercahaya bewarna hijau di waktu malam dan masa gelap. biasanya terdapat didalam warna coklat dan hijau.
BATU JARUM MAS ( GRED B )
Batu jarum mas dalam bahasa inggeris dikenali sebagai rutilated quartz atau ringkasnya rutile. Dipanggil dengan nama jarum mas kerana didalamnya mengandungi corak seakan jarum mas.
Dari sudut kajian sains, batu jarum mas amat berguna untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel badan. Bagi sel-sel yang telah rosak batu ini bertindak sebagai pemangkin kepada pembentukan sel baru. Ia sesuai untuk memperbaiki sistem paru-paru, tekak dan sistem pernafasan. Sesuai untuk orang yang selalu batuk-batuk dan asthma. Dari segi mistik, carilah dilaman blog-blog yang telah memperkatakannya.
Berhati-hati kerana terdapat batu jarum mas yang palsu diperbuat dari acrylic macam keychain yang ada rama-rama, siput kat langkawi. Untuk buktikan keasliannya, gunakan pemetik api dan cuba bakarkan batu itu.
Batu jarum mas ini untuk dimaharkan dengan harga RM200 bagi yang besar dan rm 70 bagi yang kecil termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja. Sesiapa berminat sila SMS saya atau sekiranya ingin membuat penilaian awal bolehlah membuat temujanji dengan saya.
TANDUK KAMBING GURUN JADI BATU
Kami telah dikhabarkan oleh peminat blog yang pernah membeli permata ini bahawa tanduk kambing gurun jadi batu ini juga berguna bagi tujuan perubatan. Peminat blog ini mempunyai penyakit dimana terdapat beberapa biji batu didalam hempedu beliau. Beliau lantas berfikir untuk berikhtiar menggunakan tanduk kambing gurun jadi batu ini.
Lantaran itu beliau telah memasukkan permata batu ini kedalam segelas air dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat Al Quran selama 3 malam berturutan. Dengan kebesaran ALLAH swt setelah berjumpa dengan pakar beliau telah disahkan bahawa batu yang terdapat didalam hempedunya telah tidak kelihatan sama sekali didalam ultrasound. Subhanallah atas kebesaran yang dikurniakan olehNya.
BATU NILAM
Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.
Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Nilai fidyah untuk Batu Nilam (Blue shaphire) ini Rm333 (batu sahaja tanpa diikat cincin).
Monday, March 21, 2011
BESI KUNING KEPOMPONG & CINCIN BESI KUNING
( Khasiatnya ) : Digunakan untuk pakaian diri pendinding daripada unsur jahat yang menganggu, khasiat yang lain adalah kebal kulit (darurat), perubatan, ada juga yang menggunakan barang ini sebagai medium ritual penarikan rezeki yang ampuh dan pelbagai lagi khasiatnya mengikut aura si pemakainya. Berkhasiat juga untuk digunakan sebagai penunduk umum dan wibawa diri. InsyaAllah.
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAHARNYA
Subscribe to:
Posts (Atom)